Sunday 24 April 2016

Serondeng Kelantan sedap

Serondeng cukup terkenal di Kelantan. Serondeng merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam, ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah.

Serondeng dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul garing atau kering kerana agar ia akan tahan lama disimpan. 

Serondeng atau dalam dialek Kelantan dipanggil sambal yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun.

Selain dimakan bersama nasi sebagai perisa, serondeng juga dijadikan inti untuk beberapa jenis kuih, terutamanya ketupat bucu atau ketupat palas. Selain itu ia juga dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau lembik. 

Di Kelantan, antara lokasi penghasilan serondeng terkenal ialah di Kampung Kubur Maras, Kota Bharu dan Kampung Laut Tumpat. 

Selain itu terdapat juga pengusaha serondeng di Machang dan Pasir Mas yang tidak kurang juga terkenal menghasilkan serondeng terbaik.

Setiap pengusaha serondeng memang ada resipi masing-masing. Namun, tidak banyak beza antara satu sama lain. 

Selain, menggunakan ramuan berbeza, satu lagi ciri perbezaan serondeng ialah sama ada ia dalam keadaan garing, kering atau lembab. 

Serondeng garing adalah kering sepenuhnya. Teksturnya seakan-akan hancur. Boleh disimpan lebih lama.

Serondeng kering tidaklah kering sepenuhnya. Masih ada kelembapan dan teksturnya agak lembut. Boleh disimpan melebihi setahun. 

Manakala serondeng lembab dalam keadaan berminyak. Teksturnya agak lembut. Boleh simpan sehingga 10 bulan. 

Ketiga-tiga jenis ada peminat mengikut cita rasa masing-masing. Sesuai untuk dimakan dengan nasi, dijadikan inti kuih mahupun dicampur dalam makanan jenis bubur.


Tuesday 19 April 2016

Khasiat Garlic pati bawang putih

Khasiat bawang putih telah dimanfaat manusia sejak beribu-ribu tahun lalu. Maka itu, Hai O telah memasarkan produk Garlic yang merupakan tablet pati bawang putih terbaik di pasaran. 

Produk garlic Hai O mengandungi kandungan aktif bawang putih yang dikeluarkan melalui proses teknologi yang dipertingkatkan secara semulajadi. Setiap tablet Hai O Garlic mengandungi 100% serbuk bawang putih yang telah dibuang rasa pedas dan baunya serta mudah diserap oleh usus kecil. 

Mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya.

Berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL)
Menurunkan kolesterol tidak baik (LDL)

Tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Kebaikan Garlic Hai O.
- Menurunkan kadar kolestrol dalam darah.
- Anti Stress.
- Mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
- Melambatkan proses penuaan.
- Menghambat angin dalam tubuh.
- Membantu mengempiskan perut.
- Membantu melancarkan penghadaman.
- Membantu mengawal tekanan darah.
- Membantu meningkatkan insulin bagi pengidap diabetes.
- Baik untuk stamina tubuh.
- Membantu melegakan dan merawat senggugut.
- Mengandungi Vitamin A,B,C.

Apakah kesan bawang putih?
Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman dan melegakan keradangan dan mencegah mutasi sel.

Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?
Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang tidak menyenangkan. Maka mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.

Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?
Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas bawang putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat mengekalkan nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.

Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan terus?
Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah kepada udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan allicin. 


Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi memastikan nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun, rasa bawang putih yang tajam dan meninggalkan bau busuk dalam mulut, dan menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat menerimanya.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. 

Nilai nutrisi bawang putih adalah tinggi, dapat menguatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu mengandung. Jika ibu mengandung mempunyai tanda keguguran atau sering menghadapi masalah keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan panas, adalah dicadangkan supaya mengelakkan makanan pedas seperti bawang putih dan cili.