Monday 28 May 2018

Kebaikan vitamin C tanpa suntikan

Kebaikan vitamin C dalam dunia kecantikan tidak boleh disangkal lagi. Ia umpama 'emas' yang menjadi rebutan wanita yang mementingkan kecantikan. Ada wanita sanggup berbelanja besar mendapat kebaikan dan manfaat vitamin C dengan cara suntikan.

Banyak wanita yang telah mencubanya dan mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Tetapi ada yang menerima kesan sampingan sebaliknya selepas suntikan itu dilakukan.

Antara kesan ialah jika tersalah suntik boleh menyebabkan ptosis di mana muka menjadi tidak kenyal dan jatuh akibat kesan lumpuh yang teruk dan boleh menyebabkan alergi.

Sebelum mengambil suntikan, perlu mendapat nasihat doktor dan membuat pemeriksaan serta penelitian adakah kita benar-benar memerlukan suntikan vitamin C kerana pengambilan dos yang tinggi tanpa kawalan akan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan membahayakan.

Ini kerana suntikan akan masuk ke dalam salur darah dan memberi kesan kepada organ dalaman.

Untuk mendapat manfaat dan kebaikan witamin C tidak semestinya melalui cara suntikan. Pengambilan vitamin C dan jenis vitamin lain serta mineral berkaitan kesihatan kulit patut diamalkan. Utamakan gaya hidup sihat dan kawal emosi dapat memberi kebaikan untuk kecantikan dalaman dan luaran.

Selain itu, penggunaan produk kecantikan yang diperkayakan dengan vitamin C semula jadi mampu mengelak kesan buruk cara suntikan dan jimat belanja.

Kini, terdapat pilihan di mana pengguna hanya perlu mengoleskan sahaja serum vitamin C ke muka dan dapat dilihat hasilnya dengan ketara.

Penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan yang kaya dengan vitamin C boleh memberi kesan yang sama dengan suntikan vitamin C.

Cara penggunaannya cukup mudah. Hanya oleskan di sekitar muka dan urut supaya bahan itu meresap ke dalam kulit. Ia agak selamat berbanding dengan suntikan di mana tidak boleh diambil sebarangan atau dengan orang yang bukan pakar.

Ia mencerahkan dengan segera tona kulit yang gelap dan kusam dan sekali gus menghilangkan tompok-tompok hitam. Struktur kulit juga halus dimana pori-pori kulit mengecil serta menggalakkan pembentukan sel-sel kolagen dan menganjalkan kulit.

Di samping itu, memberi kelembapan yang berpanjangan pada kulit serta istimewanya menegang, mengecilkan kulit wajah yang kendur dan menggelebar.

Sehubungan itu, tidak lagi akan rasa kesakitan akibat suntikan, tetapi hanya sapukan sahaja vitamin C yang dapat membantu membaikpulih dan memberi kesegaran yang maksimum pada kulit.

Dapatkan produk kecantikan diperkayakan vitamin C di pasaran tanpa perlu mengambil suntikan vitamin C untuk kesan kebaikan yang sama. Lebih selamat, mudah dan murah.