Kawasan Xinjiang, China merupakan
antara lokasi terawal yang penduduknya menerima Islam sebagai anutan. Peristiwa
itu berlaku hanya 20 tahun setelah Nabi Muhammad SAW wafat.
Xinjiang adalah kawasan di sempadan China,
kira-kira 3,000 kilometer dari Makkah. Pemerintah Xinjiang pada ketika itu
menerima perdamaian apabila menerima kedatangan sahabat Nabi bernama Abi
Waqaaash.
Dengan perjanjian itu, Islam boleh disebar
dan diamalkan di kawasan itu dengan aman.
Pada peringkat awal, memang amat kecil etnik Uighur
yang menerima Islam. “Uighur” secara harfiah berarti “bersatu” atau “sekutu”. Ketika
itu majoriti penduduk Uighur beragama Kristian dan Buddha.
Uighur yang melahirkan etnik Uighur atau Uyghur atau Uigur bergabung dalam daulah
Islam pada masa Uthman bin Affan. Dari Uighur inilah teknologi kertas pindah
dari China ke negera muslim, sehingga dimulailah penyusunan mushaf Quran
Utsmani.
Umat Islam di Uighur pernah mencapai
kegemilangan bersama pemerintah China. Terdapat di kalangan pembesar di China
adalah orang Islam. Antara tokoh terkenal yang beragama Islam ialah Laksamana
Cheng Ho.
Selama 1.400 tahun Uighur tetap menjadi
negeri muslim, walaupun pernah dikuasai Mongol di abad 13 Masihi. Bahkan pada
era penjajahan era imperialis Eropah di China, para pahlawan Uighur, Xinjiang turut
terlibat dalam peperangan mengusir tentera Eropah.
Ketika Mao komunis diusir dari kota-kota China
tahun 1940an, mereka melarikan diri ke Xinjiang, menumpang hidup di wilayah
Uighur.
Ketika revolusi China oleh Sun Yat Sen tahun
1910 masih ada jeneral China yang Muslim. Pada tahun 1945 ketika Mao komunis
berkuasa, beberapa jeneral China yang Muslim menyelamatkan diri ke Taiwan.
Kisah penyebaran Islam secara meluas di Xinjiang
bermula pada abad ke 10 Masihi. Pusat pemerintahan ketika itu ialah Kashgar
yang kemudian telah menjadi pusat penyebaran Islam, kesenian dan kebudayaan
Islam, lahir ratusan ulama serta penciptaan ribuan karya hebat.
Kegemilangan Khilafah Islam ini diteruskan
oleh Kerajaan Seyyid atau Yarkent namun jatuh apabila Empayar Manchu telah
menawan Timur Turkistan pada 1759 dan dijajah sehingga tahun 1862.
Setelah 42 peperangan telah berlaku, Empayar
Manchu telah mengundurkan diri dan sekali lagi khilafah Islam tertegak dengan
kerajaan baru; negara Yetteshehar pada tahun 1864.
Namun, ianya tidak kekal lama apabila Empayar
Manchu mencerobohnya semula pada tahun 1876 dan setelah 8 kali peperangan
berdarah tercetus, Timur Turkistan ditawan keseluruhannya dan ditukarkan
namanya ke ‘’Xinjiang’’ yang bermaksud ‘’Wilayah Baru’’ pada 18 November 1884.
Selepas itu, peluang untuk khilafah Islam
menyinar semula telah ditenggelamkan oleh Nasionalis China yang telah
menjatuhkan Empayar Manchu pada tahun 1911 dam secara automatik menguasai
keseluruhan wilayah yang ditakhluk oleh Empayar Manchu.
Pada ketika itu, kawalan China ke atas Timur
Turkistan agak longgar dan kesempatan ini telah digunakan oleh Muslim Uighur
untuk bebas dari cengkaman China hingga tertubuhnya Republik Timur Turkistan
(ETR) setelah dua kali penentangan berlaku pada tahun 1933 dan 1944.
China yang tidak berdiam diri, telah
melancarkan pencerobohan tentera dan dalam masa yang sama Soviet Union telah
melakukan tipu daya politik ke atas Timur Turkistan lalu, republik ini berakhir
apabila People’s Liberation Army (PLA) telah merusuh di Timur Turkistan
pada tahun 1949 hingga tertubuhnya Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang (XUAR).
Sejak itu, pelbagai tragedi hitam telah
berlaku di Timur Turkistan dengan diikuti kempen-kempen yang kejam ke atas
Muslim Uighur. Namun, semangat mereka tidak pernah luntur dan sentiasa
mengingatkan generasi mereka akan perjuangan mereka dalam menentang kezaliman
China.
Kini populasi Muslim Uighur telah melebihi 20
juta orang namun semakin tenggelam akibat imigran Han yang membanjiri wilayah
tersebut dan meningkat saban tahun. Tindakan China ini boleh disamakan dengan
penjajahan Israel ke atas Palestin dan kekejaman Burma ke atas Muslim Rohingya.
Kisah penganiayaan Muslim Uighur bukanlah
kisah baru kerana media telah lama mengikuti kisah mereka namun, disebabkan polisi
China yang ketat ke atas media massanya, kisah mereka tidak banyak dipaparkan
oleh mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment