Saturday 10 July 2021

Khasiat guarana tambah tenaga

 
Guarana sejenis tumbuhan berasal dari negara di benua Amerika Selatan. Buah guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Ia sesuai untuk lelaki dan wanita. 

Kebaikan penggunaan biji guarana untuk tujuan kesihatan telah diamalkan oleh penduduk asal di kawasan berkenaan sejak ribuan tahun lalu. Ia digunakan untuk tambah tenaga dan manfaat serta kebaikan lain. 

Penggunaan serbuk atau ekstrak guarana digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai herba kesihatan dan kecantikan. Ia mudah diserap oleh badan dan dengan itu menjadi makanan kesihatan yang dapat bertindak pantas untuk memberi kesan kebaikan.

Antara kegunaan guarana ialah untuk menambah tenaga atau mencergaskan badan yang lesu. Ia menjadi pemangkin kepada penghasilan tenaga dalam badan. Badan berasa segar dan mengaktifkan banyak fungsi organ, termasuk organ seks.

Sebab itu, guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin. Tenaga seksual meningkat ketara dan aktiviti yang berkaitan dengan seks lebih berkualiti.

Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin.

Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.

Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dar mengurangkan ketidakselesaan semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.

Kebaikan guarana: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun. 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.   
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah tersumbat
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat

Guarana bukan ubat. Ia pemakanan tambahan tradisional. Keberkesanan atau tindak balas berbeza-beza antara individu. Untuk kesan yang maksima, ia perlu diambil secara berterusan. 

Dapatkan produk berasaskan guarana. 
Klik pautan di bawah. 
Mudah cepat murah.

No comments:

Post a Comment