Wednesday, 8 July 2026

MINYAK AROMATERAPI GAHARU

 
Minyak terapi gaharu (oud). Sejenis minyak aromatik bernilai tinggi yang digunakan secara meluas untuk haruman premium (pewangi), terapi alternatif untuk menenangkan fikiran dan bahan perubatan tradisional. Ia juga sering digunakan dalam ritual keagamaan serta menghasilkan produk penjagaan diri seperti sabun, syampu, dan losen. 

Ia diekstrak daripada resin kayu pokok gaharu. Terkenal sejak zaman purba untuk aromaterapi dan perubatan, ia diproses melalui kaedah penyulingan wap.

Minyak gaharu digunakan dalam rawatan aromaterapi dengan aroma gaharu yang menenangkan mampu mengurangkan stres, kecelaruan, kemurungan dan membantu merawat masalah sukar tidur.

Dalam perubatan tradisional, ia dipercayai mampu merawat masalah pernafasan seperti batuk, kahak, sakit tekak, lelah, dan juga digunakan untuk merawat sakit perut.

Dalam amalan rohani dan tradisional, kayu dan minyak gaharu digunakan untuk menghindarkan gangguan makhluk halus, sihir, dan meningkatkan kekuatan akal. 

Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat antimalaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Dapatkan minyak terapi gaharu secara dalam dalam talian.

Di Shopee