Tawas hilangkan bau badan. Tawas adalah kelompok garam terhidrat berupa kristal. Ia bahan semula jadi seperti garam dan mineral lain. Memandangkan bentuknya seperti batu, maka ia lebih dikenali sebagai batu tawas.
Batu tawas telah digunakan sejak zaman dahulu untuk pelbagai tujuan atau kegunaan seperti menghilangkan bau badan, merawat air dan penjagaan diri.
Kegunaan tawas:
Menghilangkan bau badan tidak menyenangkan, terutama bawah ketiak.
Cara menggunakan tawas ketul.
- Basahkan batu tawas dan bawah ketiak
- Sapukan tawas di kawasan berkenaan.
- Biarkan kering dengan sendiri.
- Boleh digunakan berulang kali
Cara menggunakan tawas serbuk
- Dilumurkan terus ke bahagian kulit seperti bedak.
- Boleh juga dicampurkan dengan air dan dibiarkan larut.
- Gunakan larutan itu untuk disapu di bahagian badan.
- Larutan itu juga boleh dimasukkan ke dalam penyembur
- Kemudian disemburkan di bahagian badan.
Tawas juga digunakan sebagai bahan penjagaan badan;
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Mengurangkan rasa gatal di bahagian badan.
- Antibakteria
Di pasaran terdapat tawas ketul, hancur dan serbuk.
Dapatkan tawas
Di Shopee
Tawas ketul
Tawas hancur
Tawas serbuk halus
Tawas serbuk kasar


No comments:
Post a Comment