Projek
membina Jambatan Kampung Pasir Era - Pasir Kelang bermula pada 19/8/2021. Projek
pembinaan jambatan ini amat penting bagi melengkapkan jajaran jalan dari Kampung
Bahagia ke Kampung Pasir Kelang (dalam perancangan RMK-12) dan seterusnya
merentangi Sungai Kelantan ke Kampung Pasir Era dan seterusnya memasuki jalan
negeri D219 Jalan Bukit Sireh/ Kampung Bedal/ Kuala Nal.
Pembinaan
jambatan ini adalah menggunakan kaedah "Box Girder Bridge'' dengan tiga
rentang di mana panjang rentang pertama dan ketiga 80 meter dan rentang kedua 143 meter.
Apabila
siap nanti, jambatan tersebut bakal memberi kemudahan kepada penduduk di enam
buah kampung di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang
terletak di seberang tebing sebelah barat Sungai Kelantan di jajahan Kuala Krai.
Enam
kampung berkenaan iaitu Kampung Pasir Kelang, Kampung Pasir Kelang Baru,
Kampung Buyong Darul Hijrah, Kampung Sungai Taku, Kampung Taku Estet dan
Kampung Bahagia.
Buat
masa sekarang penduduk dari kampung-kampung berkenaan menggunakan khidmat feri
dari Pengkala Feri Pasir Kelang ke seberang sungai selebar 250 meter menuju
Pengkalan Feri Kampung Pasir Era.
Feri
milik Koperasi Kampung Pasir Kelang Berhad itu mampu membawa sebanyak enam
kereta, 20 motosikal dan penumpang pada satu-satu masa.
Jika
tiada pengkhidmatan feri, penduduk yang menggunakan kenderaan terpaksa
mengambil jalan jauh melalui Kampung Sokor, seterusnya ke Tanah Merah sebelum
melalui jajahan Machang sebelum sampai ke bandar Kuala Krai yang memakan masa
tiga hingga empat jam.
Catatan -
Projek pembinaan tidak mencapai tahap seperti ditetapkan. Berlaku kelewatan dan projek masih berjalan.
No comments:
Post a Comment