Sunday, 8 December 2024

PANCING PATIN PASCABANJIR DI JUBAKAR PANTAI

 
Pintu air Kampung Jubakar Pantai, Tumpat menjadi tumpuan kaki pancing untuk memancing ikan patin pascabanjir. Kaedah memancing tanpa umpan iaitu ‘sentak’ mengena pada ikan patin. Difahamkan jumlah pemancing pada hari cuti dan waktu petang terlalu ramai. Patin yang berjaya didaratkan rata-rata bersaiz besar dan ikan patin terbesar berjaya didaratkan semasa pesta ikan patin ini seberat 16 kilogram.
 
Kehadiran banyak pemancing dan penonton menyebabkan tempat itu seperti menjadi tapak pesta. Laluan menjadi sesak dan banyak kederaan diletakkan di tepi jalan dan tambah pula banyak pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat. 

No comments:

Post a Comment