Saturday 8 June 2024

TAMAN KONSERVASI RAFFLESIA, TANAH TINGGI LOJING

 
Taman Konservasi Rafflesia di Tanah Tinggi Lojing yang telah dibuka kepada orang awam menjadi satu lagi daya tarikan ekopelancongan di kawasan tanah tinggi bersempadan dengan Cameron Higland.
 
Pembukaan taman tersebut secara tidak langsung dapat menjana pendapatan kepada penduduk setempat khususnya orang asli. Khidmat Orang Asli digunakan sebagai
malim gunung yang membawa pelancong untuk melihat bunga Rafflesia di situ.
 
Pengunjung ke taman tersebut perlu mendapat permit daripada Jabatan Hutan dan menggunakan khidmat malim gunung untuk memasuki pusat pelancongan seluas 1000 ekar itu daripada Jabatan Hutan.
 
Pusat Konservasi Rafflesia terletak dalam hutan simpan kekal, jadi tidak boleh masuk sembarangan. Setiap pengunjung perlu mendapat permit kebenaran daripada Jabatan Hutan.
 
Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan Taman Konservasi Rafflesia ini sebagai satu lagi pusat pelancongan di tanah tinggi kerana hasil soal selidik mendapati pelancong menggemari destinasi yang menawarkan pengalaman berinteraksi secara langsung dengan alam semula jadi.

No comments:

Post a Comment