Daun
serai kayu memang sangat terkenal sebagai ulam nasi kerabu atau laksam di Kelantan.
Rasanya yang kelat dan memiliki aromanya tersendiri mampu membangkitkan
selera. Juga dijadikan ulam dicicah dengan sambal belacan atau budu dan dimakan bersama nasi putih.
Pucuk
serai kayu atau di Kelantan lebih dikenali sebagai daun samak. Ia juga dikenali nama daun
salam. Nama lain serai kayu ialah daun bay, daun samak kelat dan daun beriani.
Manakala
di Indonesia pula dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan
kostolam.
Pokok
samak banyak tumbuh meliar di kawasan kampung. Pokok ini mudah tumbuh dengan
menggunakan biji. Dalam keadaan semula jadi, ia boleh membesar seperti pokok
jenis besar lain sehingga melebihi 30 meter.
Namun,
jika ditanam bertujuan untuk mendapatkan pucuknya, pokok samak boleh dipangkas
atau dipotong agar rendang bagi memudahkan proses memetik pucuknya.
Khasiat
pucuk serai kayu mampu mengubati penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kolestrol, cirit birit, demam, kudis, bisul, gout dan awet muda.
Cara
amalan pengambilan daun serai kayu:
-
Darah tinggi/kencing manis/kolestrerol. Rebus 15 helai daun serai kayu bersama 1 liter air. Rebus selama 30 minit.
Minum segelas setiap pagi sekali sehari.
-
Demam. Ambil 20 helai daun serai kayu dan ramas dalam sebaldi air. Mandi setiap petang
sebagai bilasan paling akhir.
-
Cirit birit. Untuk cirit birit boleh rebus dan minum airnya. Boleh juga dimakan pucuknya
begitu sahaja atau dibuat ulam.
-
Ubat kudis. Tumbuk akar dan kulit batang pokok serai kemudian tampal ditempat luka.
-
Gout. Ambil 12 helai daun serai kayu, rebus bersama 10 gelas air. Biarkan mendidih
sehingga airnya tinggal 7 gelas. Minum segelas sehari.
No comments:
Post a Comment