Sunday 11 October 2020

UBI KELEDEK CILEMBU RASA MANIS

Satu jenis ubi keledek ialah dari jenis cilembu. Keledek atau dalam dialek Kelantan disebut ubi setelo atau stelo cilembu dikatakan berasal dari Kampung Cilembu, Sumedang, Bandung, Jawa Barat Indonesia.

Keistimewaan cilembu di tempat asalnya ialah rasa yang manis. Ia dianggap sebagai ubi keledek termanis di dunia. Jauh lebih manis dari Japanese Sweet Potato atau ubi keledek jepun. Enaknya tidak tertandingkan.

Cilembu sedap dimakan panggang atau bakar, selain direbus dan dijadikan kuih. Ia menjadi pilihan penggemar ubi keledek. 

Usaha menanam cilembu di Malaysia tidak membawa ‘keturunan’ seperti asal di Indonesia. Cilembu di Malaysia tidak semanis atau sesedap yang ditanam di tempat asalnya. 

Mengapa perkara ini terjadi? Kalau benihnya diambil dari sana, mengapa hasilnya tidak sama?

Satu dapatan kajian oleh Agustina Monalisa Tangapo menerusi kajian untuk tesis Phd beliau di Institut Teknologi Bandung (ITB) menjelaskan bahawa rahsia kemanisan cilembu di Indonesia adalah dibantu oleh mikrobes atau sejenis bakteria.

Bakteria rizosfera dan endofit yang kaya di bumi Cilembu telah bekerja secara senyap memberikan kemanisan ubi yang luar biasa itu.

Mengikut Dr Augustina, jika bakteria ini dikembang biakkan di bumi yang lain juga, kemanisan cilembu tetap terhasil.

Justeru, jika kita mahu cilembu di Malaysia juga rasanya manis, maka mikrobes ini nampaknya perlu dihijrahkan segera ke Malaysia atau cari seperti itu yang telah hidup di negara kita. 

No comments:

Post a Comment