Di Kelantan, jenama Oren Cap Ayam cukup popular. Minuman ini
dikenali kerana rasa yang unik dan nostalgia bagi ramai penduduk Kelantan. Ia telah wujud
sejak tahun 1935.
Minuman ini bukan sahaja terkenal di Kelantan, tetapi juga
di seluruh Malaysia dan negara jiran seperti Thailand. Ia sering dikaitkan
dengan kenangan zaman kanak-kanak dan rasa nostalgia oleh ramai orang.
:
Rasa: Air Oren Cap Ayam mempunyai rasa yang manis dan sedikit masam, yang berasal daripada campuran oren dan lain-lain bahan. Biarpun masa dan cita rasa kebanyakan rakyat Kelantan telah berubah, namun penggemar setia masih inginkan cita rasa aslinya.
Disebabkan ia dikilangkan dan terkenal di Kelantan, air oren
ini turut dikenali dengan nama Air Oren Kelate.
Air Oren Cap Ayam juga merupakan simbol negeri Kelantan dan
sering dikaitkan dengan budaya dan warisan tradisional. Sebab itu, proses
penghasilannya masih menggunakan kaedah tradisi seperti mula-mula dihasilkan
dahulu.
Malah, bentuk dan warna botol masih dikekalkan biarpun
pernah menukarnya. Penggemarnya ingin pengeluar mengekalkan bentuk botol dan
warnanya sehingga sanggup memulangkan semula botol yang baru diperkenalkan satu
ketika dahulu.
Satu lagi perkara yang menarik ialah cara botol diikat untuk
setiap dozen (12 botol). Botol diikat menggunakan tali rafia. Cara ikatannya
unik dan memerlukan kepakaran khusus.
Biarpun jumlah pengeluarannya tidak setanding jenama lain, pengeluar
yang turut menghasilkan perisa soda dan sarsi memang menjadi identiti Kelantan.
Masa mula-mula diperkenalkan, terdapat enam perasa, tapi hanya dikekalkan tiga
sahaja mengikut permintaan yang tinggi.
Kebersihan merupakan sesuatu yang amat dititik beratkan
dalam penghasilan air minuman ini, terutamanya semasa proses pembotolan air
bagi memastikan kualiti produk terjamin sejajar dengan pengiktirafan Makanan Selamat
(MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan.
:
Rasa: Air Oren Cap Ayam mempunyai rasa yang manis dan sedikit masam, yang berasal daripada campuran oren dan lain-lain bahan. Biarpun masa dan cita rasa kebanyakan rakyat Kelantan telah berubah, namun penggemar setia masih inginkan cita rasa aslinya.
No comments:
Post a Comment