Manfaat kebaikan khasiat herba halba atau fenugreek telah digunakan untuk kesihatan sejak zaman kuno. Kegunaan halba antara lain mengaktifkan organ pembiakan. Amalan tabib China menggunakan halba merawat mati pucuk.
Halba antara ubatan tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Untuk memaksimakan penggunaan halba bagi tujuan perubatan, ia boleh dijadikan sebagai teh, yakni halba dipanaskan di dalam air dan diminum. Minum air rebusan halba dan biji halba yang telah lembut itu.
Halba juga boleh dimakan 'mentah' atau dimakan terus, tetapi sedikit keras.
Memang amat baik diamalkan pengambilan halba setiap hari. Harga halba dikira agak murah dan mudah disimpan. .
Halba kaya dengan serat, protin, karbohidrat, zat besi, mangan dan magnesium.
Antara manfaat mengamalkan halba ialah:
- Melancarkan haid.
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak.
- Pencuci perut.
- Menguatkan jantung.
- Menghilangkan lender tekak.
- Melegakan sakit kepala.
- Membuang angin.
- Menyembuhkan buasir.
- Senggugut.
- Mengelak kegemukan.
- Mengurangkan berat badan.
- Mengawal kencing manis.
- Radang kulit dan bisul.
- Meningkatkan nafsu seksual.
- Tingkat daya kecerdasan otak.
- Tingkat daya kercergasan fizikal.
- Menambah susu badan ibu.
- Menguatkan tulang.
- Menurunkan kolestrol.
Dapatkan halba

No comments:
Post a Comment