Jambatan Kereta Api Besi Kemubu terletak di
jajahan Kuala Krai, Kelantan merupakan antara jambatan kereta api terawal di
Malaysia. Ia adalah penghubung landasan kereta api dari Gua Musang ke Kemubu,
seterusnya ke stesan yang terletak di kawasan utara Kelantan.
Jambatan Kemubu juga dikenali dengan nama Jambatan Kereta Api Mr Peel, iaitu sempena nama seorang pentadbir British, Sir William Peel.
Jambatan ini siap sepenuhnya pada tahun 1930, tetapi rosak akibat bencana banjir besar melanda pada tahun 1931. Ia kemudian dibaiki untuk membolehkan diguna semula.
Pada tahun 1942, jambatan ini dimusnahkan oleh pihak British untuk mengelak kemaraan tentera Jepun ke selatan. Ia siap dibaik pulih pada tahun 1948.
Jambatan sepanjang 193.7 meter merentasi Sungai Galas ini sekali lagi runtuh akibat banjir pada tahun 2014 dan dibaik pulih sepenuhnya dua tahun kemudian.
Jambatan yang utuh dan digunakan ini menjadi salah satu mercu tanda ikonik di laluan keretapi Pantai Timur. Melalui jambatan ini membolehkan penumpang melihat pemandangan indah di sekitar dengan aliran Sungai Galas di bawahnya, di samping bukit batu kapur yang menarik.
No comments:
Post a Comment