Thursday, 14 November 2024

APABILA OTAK MENIPU MATA

 
Sekilas jika memandang gambar di atas seperti orang sedang duduk dan membaca di dalam air, di sungai yang cetek. Tetapi, cuba perhati betul-betul gambar itu dengan tenang. Atau anda perbesarkan gambar itu. 

Anda pasti akan mendapati bahawa gambar itu bukan menunjukkan gambar orang sedang membaca buku. Sebaliknya ia adalah pemandangan batu-batu yang biasa dilihat di kebanyakan sungai.  
 
Begitulah yang terjadi dalam kehidupan kita. Apa yang kita lihat belum tentu seperti apa yang kita fikirkan. Otak kita sentiasa “menipu” menggambar sesuatu yang berlainan apa yang sebenarnya dilihat oleh mata.
 
Kalau anggota badan kita sendiri boleh menipu kita, apatah lagi orang lain. Jadi, berhati-hati dengan tipu daya dunia yang sering menyebabkan kita tersalah langkah.

No comments:

Post a Comment