Tulisan jawi tu adalah abjad. Sama dengan
tulisan rumi juga adalah abjad. Secara
tuntasnya huruf jawi bukan agama. Bukan Islam yang belajar jawi tidak dikira
masuk Islam. Dan orang Islam yang tidak dapat membaca atau menulis jawi masih
kekal sebagai Islam selagi dia berpegang kepada tauhid bersaksikan bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya.
Begitu juga belajar huruf rumi yang berasal
dari Eropah yang dikaitkan dengan agama Kristian tidak menjadikan seseorang itu
Kristian.
Belajar mana-mana huruf atau abjad berkaitan
agama mahupun bangsa tidak menjadikan pelajarnya memeluk agama atau bangsa
dikaitkan dengan huruf tersebut.
Jadi, tidak ada asas mengapa ada pihak yang
begitu takut diarahkan belajar jawi. Melainkan ketakutan itu berpunca sikap
rasis.
Berkaitan kaligrafi atau tulisan Cina bukan
dianggap huruf atau abjad. Tulisan Cina adalah pelambangan. Ia ditulis sebagai
lambang dan akan disebut atau dibaca mengikut lambang itu.
Belajar kaligrafi Cina tidak menjadi seseorang
itu berbangsa Cina dan tidak terdorong mempercayai kepercayaan atau anutan kebanyakan
bangsa Cina.
Kalau belajar kaligrafi Cina dianggap boleh memupuk
perpaduan, begitulah juga belajar tulisan jawi.
Tulisan jawi telah wujud sejak sekitar tahun
1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi berhubung kait dengan
ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan
ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan jawi
ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa
Arab, iaitu ca, pa, ga, nga, va dan nya.
Maknanya huruf jawi tidak sepenuhnya berasal dari
abjad Arab. Kalau orang Arab baca tulisan jawi pun mereka akan keliru lebih banyak
daripada apa yang mereka belajar.
Huruf Jawi yang lengkap semuanya ada 37
Huruf, termasuk huruf Ta Marbuthah dan Alif Ma’surah.
No comments:
Post a Comment