Thursday, 23 January 2020

KEGUNAAN BANGSAL MUDAH ALIH TANAH PERKUBURAN

Sekarang ini boleh dikatakan di setiap tanah perkuburan tersedia bangsal mudah alih. Kegunaan bangsa mudah alih dianggap penting untuk kegunaan pada masa proses menggali kubur sehinggalah semasa mengembumikan jenazah.

Bangsal mudah alih tanpa lantai itu akan dipindah dari satu tempat ke satu tempat mengikut kawasan kubur baharu digali. Ia boleh diangkat dengan khudrat sekurang-kurangnya empat orang atau lebih.

Bangsal yang berukuran kira-kira 10 kaki kali 6 kaki itu digunakan untuk teduh ketika kerja-kerja penggalian ketika panas terik mahupun hari hujan.

Kerja menggali kubur tidak tentu masa. Apabila ada kematian, maka kerja-kerja penggalian perlu dilakukan segera tidak kira pukul berapa. Ada kalanya ketika waktu tengah hari ketika matahari tengak di atas kepala. Pada ketika itu amat diperlukan ada naungan atau teduhan untuk menahan terik panas matahari. Begitu juga ketika waktu hujan, kawasan kubur kena diteruskan.

Malah, keperluan yang sama diperlukan ketika proses mengembumikan jenazah. Ada ketikanya dilakukan selepas waktu Zohor apabila jenazah disembahyangkan di masjid oleh jemaah yang hadir semasa masuk waktu Zohor.

Dengan kata lain, kegunaan bangsal mudah alih kini dilihat amat penting dan sebab itu boleh dikatakan di setiap kawasan perkuburan terdapat atau disediakan bangsa seumpama itu.

No comments:

Post a Comment