Ada
syarat jualan dan penajaan ditetapkan untuk membolehkan seseorang naik pangkat.
Semua orang melalui kaedah sama untuk naik pangkat. Tiada jalan pintas untuk berjaya.
Dalam
MLM tidak bergantung kepada kelulusan akademi dan pengalaman. Bermula dari
'zero' melangkah menjadi 'hero'. Anda akan melalui pengalaman berbeza dan hebat bersama MLM.
Apa
yang penting berusaha membina rangkaian yang kukuh. Terus istiqamah dan tidak
mudah menyerah kalah. Dalam apa-apa perkerjaan mesti ada rintangan. Maka, jangan mudah menyerah kalah. Berusaha dan terus maju ke hadapan.
Menyertai
MLM tidak perlu modal besar ribu-ribu. Masuk ahli biasanya sekadar RM50. Ada sedikit modal lain diperlukan untuk membeli produk sebelum dijual kembali kepada pembeli.
Kalau tidak mahu beli produk sebelum ada pembeli, boleh mencari pelanggan secara menunjukkan gambar produk atau lain-lain cara. Apabila ada pembeli baru dapatkan produk distokis.
Kalau tidak mahu beli produk sebelum ada pembeli, boleh mencari pelanggan secara menunjukkan gambar produk atau lain-lain cara. Apabila ada pembeli baru dapatkan produk distokis.
Plan
pemasaran yang disediakan untuk membantu anda membina perniagaan sendiri
melalui penjualan produk dan penajaan.
Pengedar
baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan kepada
orang lain.
Menjual
dan menaja adalah ciri utama dalam MLM. Anda perlu membeli produk. Tidak
kiralah sama ada untuk diguna sendiri mahupun dijual. Itu satu komitmen anda
dalam MLM.
Mengguna
produk berkualiti, anda pasti puas hati dan terus menggunakan. Dengan keyakinan
itu, anda akan memperkenalkan produk yang sama kepada orang lain.
Pada
masa sama, pembeli itu mungkin pula berminat untuk turut menjadi pengedar di
bawah anda.
Dengan
menyampaikan kebaikan produk dan ilmu pemasaran kepada ahli kumpulan, anda
bukan sahaja membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain
membina perniagaan mereka.
Perniagaan
anda berkembang, pulangan turut akan bertambah. Tanpa modal besar anda boleh
berjaya asalkan ada kemahuan mencapai apa diimpikan.
No comments:
Post a Comment