Monday, 3 February 2020

KHASIAT POKOK KEMAN AIR

Keman air merupakan tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Ia dikatakan boleh menjadi penyejuk badan terutama untuk meredakan demam panas. Pokok ini juga digunakan oleh orang-orang dahulu untuk mengubati penyakit resdung dan masalah telinga.

Keman air sesuai dijadikan sayur dan ulam. Malangnya, di Kelantan keman air dianggap sekadar tumbuhan biasa. Tidak banyak orang yang tahu bahawa keman air boleh dibuat sayur dan ulam.

Keman air tumbuh di atas permukaan air dari keluarga Leguminaceae turut dikenali dengan nama lain iaitu keman gajah, kangkung puteri, tengki dan setangki.

Kajian juga mendapati setiap 100 gram keman air mengandungi 90 gram air, protein (6.4 g), lemak (0.1 g), karbohiderat (0.8 g), serat (1.8 g), ssh (1.2 g), Ca (387 mg), posforus (7 mg), Fe (5.3 mg), vitamin A (5,155 IU) , vitamin B1 (0.12 mg), vitamin C (1.8 mg), niacin (3.2 mg) dan sebanyak 134 kilojoule tenaga.

Dapatkan benih keman air secara dalam talian.     

No comments:

Post a Comment