Nyanyuk
atau hilang akal boleh mendatangkan bahaya kerana individu berdepan situasi tersebut
tanpa sedar melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan bahaya
kepada diri sendiri dan orang lain.
Contohnya
kes yang berlaku pada 06-02-2020 yang mana satu video warga emas yang
menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah
selatan tular di media sosial.
Hasil
laporan orang awam serta pihak PLUS, pihak polis peronda yang membuat
pemantauan kes tersebut berjaya menahan seorang warga emas berusia 73 tahun.
Pihak
polis mendapati tindakan warga emas itu dipercayai kerana hilang ingatan atau nyanyuk.
Berdasarkan
keadaan suspek yang nyanyuk, dia dilepaskan atas jaminan polis dengan keluarga
diminta mengambilnya di IPD Kulai.
Bagaimanapun,
polis tetap menyiasat kes itu mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang
nyanyuk memang tidak sedar apa yang dilakukan. Justeru, ahli keluarga dan orang
yang mengetahui mengenainya perlu mengawal pergerakan individu berkenaan.
Halang
mereka daripada melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya. Biarpun
kes nyanyuk ini tidak berlaku sepanjang masa bagi individu tertentu, ia bukan alasan
untuk mengambil mudah soal pengawasan.
No comments:
Post a Comment