Saturday 7 March 2020

MENCARI RUANG BERDASARKAN PELUANG

Hidup ini mempunyai rencah dan ragam yang kompleks yang memberi ruang dan peluang untuk kita mencari mencari kebahagiaan hidup. Setiap orang mempunyai atau mendapat rezeki melalui cara tersendiri.

Seorang doktor yang membuka klinik sendiri mendapat rezeki dengan ada orang sakit atau mendapat musibah berkaitan kesihatan. Tanpa adanya orang sakit, tentu sekali tidak ada rezeki untuk doktor berkenaan.

Namun, tentu sekali doktor tidak mengharapkan ada orang sakit semata-mata untuk dia mendapat rezeki. Malah doktor berharap tidak ada orang sakit. Dan, setiap orang sakit diharapkan akan cepat sembuh dan tidak lagi akan mengalami sakit yang berulang.

Pun begitu sakit adalah lumrah. Tidak perlu didoakan atau berharap agar ada orang sakit bagi meneruskan kelangsungan kerjaya doktor.

Sesungguhnya Allah menjadikan manusia saling membantu dan melangkapkan antara satu sama lain. Maka setiap orang perlu mencari ruang dan peluang untuk mencapai apa yang diingini melalui keadaan yang tetapkan oleh Allah ini.

Berusahalah untuk menjadi yang terbaik, biarpun terkadang itu bukan cara yang terbaik, ketika kita sebenarnya bukan yang terbaik. Kerana kadang-kadang kita melakukan sesuatu itu adalah untuk merealisasikan impian orang lain.

No comments:

Post a Comment