Wednesday, 11 June 2025

JENIS PENGHADANG JALAN

 
Dalam dunia pengangkutan moden, keselamatan di jalan raya bukan sekadar tentang memakai tali pinggang keledar atau mematuhi had laju. Ia juga tentang bagaimana sesebuah negara melindungi pemandunya daripada kemalangan yang tidak dijangka. 

Satu elemen yang sangat kritikal perlu beri perhatian ialah penghadang jalan. Fungsinya bukan hanya untuk menghalang kenderaan daripada terbabas, tetapi untuk menyerap impak perlanggaran dan mengelakkan kemalangan berangkai. 

Untuk itu, bahan, reka bentuk dan lokasi pemasangan memainkan peranan besar dalam menentukan keberkesanannya.
 
Terdapat tiga kategori utama penghadang jalan: tegar, separa lentur dan fleksibel. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri, bergantung kepada jenis jalan dan tahap risiko kawasan tersebut.
 
Penghadang tegar seperti konkrit adalah jenis paling kukuh. Ia sering digunakan di kawasan berisiko tinggi seperti lebuh raya dan jambatan. 

Kelebihannya ialah keupayaan menghalang kenderaan daripada meneruskan pergerakan ke kawasan berbahaya. Tetapi kerana ia tidak berubah bentuk, impak hentakan boleh menjadi sangat kuat kepada kenderaan dan pemandu.
 
Kemudian ada penghadang separa lentur seperti W-beam dan thrie-beam guardrail. Ia direka untuk menyerap hentakan secara sederhana dan mengalihkan kenderaan kembali ke laluan. 

Reka bentuknya yang beralun membantu dalam proses ini. Jenis ini sangat biasa digunakan di UK dan banyak lebuh raya di dunia.
 
Seterusnya ialah penghadang fleksibel seperti cable barrier dan penghadang plastik berisi air. Ia mampu membengkok lebih banyak dan menyerap impak dengan lebih baik, sekali gus mengurangkan kecederaan. 

Cable barrier banyak digunakan di Australia, Sweden dan New Zealand. Walau bagaimanapun, ia dilarang dalam undang-undang EU kerana boleh membahayakan penunggang motosikal.

No comments:

Post a Comment