Di Bangsar, dahulunya ada sebuah taman perumahan yang
dikenali Taman Ghazali. Taman itu wujud sekitar tahun 1970-an. Kawasan Taman
Ghazali, terutama sekitar pasar menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelajar
Universiti Malaya.
Untuk kemudahan penduduk setempat menaiki kereta api, di
Taman Ghazali terdapat hentian yang dikenali Perhentian Taman Ghazali.
Kini, Perhentian Taman Ghazali dan Taman Ghazali sendiri
telah lenyap disebabkan tuntutan pembangunan. Kawasan tersebut kini dipenuhi
dengan pusat perniagaan mewah dan proses pelebaran jalan mengubah landskap di
kawasan berkenaan.
Malah, fungsi Perhentian Taman Ghazali telah diambil alih
oleh stesen transit moden. Kawasan yang kini dikenali Abdullah Hukum mendapat
capaian KTM Komuter dan Transit Kereta Api Ringan (LRT).
No comments:
Post a Comment