Friday, 5 March 2021

MAKSUD PERKATAAN 'MUSAADAH'

Masyarakat Malaysia diterjah dengan perkataan ‘musaadah'. Ada penganjur majlis penyampaian bantuan menggunakan "Majlis Penyampaian Bantuan Musaadah" sebagai nama program. 

Banyak orang menyebut perkataan ‘musaadah’ tetapi tidak memahami maksudnya. Apa yang penting mereka menerima bantuan. Sebenarnya, perkataan "saadah" telah lama digunakan pada nama orang Melayu, khususnya perempuan.

Musaadah berasal dari perkataan Arab ‘saadah’ yang membawa maksud membantu. Perkataan ‘musaadah’ bermaksud ‘bantuan’ atau ‘sumbangan’. Al-musaadah pula bermaksud memberi pertolongan kepada mereka yang selayaknya.

Memandangkan musaadah sudah bermaksud bantuan, maka tidak sepatutnya digunakan perkataan ‘bantuan musaadah’ yang membawa maksud kata pengulangan biarpun sebutannya berbeza. Ia lebih kurang sama perkata “acu cuba try test” yang kerap digunakan dalam dialek Kelantan.

Maksud lain musaadah ialah pelepasan daripada hukuman mahkamah atas perkara yang hak kerana didapati tidak bersalah.

Gambar sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment