Kuasa politik itu amat penting selagi ia
diuruskan mengikut kehendak dan peraturan ditetapkan Islam. Al-Quran dan sunah
telah menunjukkan cara berpolitik yang betul. Bahkan, Rasulullah SAW telah
mempraktikan politik yang betul untuk diikuti umat Islam dan seluruh manusia.
Kita lihat betapa pentingnya kuasa politik.
Ketika Rasulullah SAW menyebarkan Islam di kota Makkah, berapa kerat sahaja
yang beriman dan bersama-sama baginda. Sedangkan ketika itu baginda telah
terkenal dengan sikap al-amin.
Gelaran al-amin diberikan kepada Rasulullah
SAW kerana sifatnya yang amanah serta boleh dipercayai. Namun, mengapa seruan
dakwah baginda di Makkah tidak mendapat sambutan? Bukan sahaja tidak mendapat
sambutan, bahkan ditentang.
Selama 13 tahun berdakwah menyeru kepada agama
tauhid mengesakan Allah tidak berjaya biarpun Rasulullah SAW amat dihormati. Di
mana terhalangnya kekuatan baginda masa itu untuk menyatukan umat Mekah?
Baginda akhirnya berhijrah ke kota Madinah.
Baginda juga membina kekuatan dengan al Quran dan pertambahan besar para
sahabat. Ia sama. Tetapi selepas 8 tahun, baginda pulang membuka kota Mekah dan
berjaya menyatukan umatnya dengan penuh gilang gemilang.
Di mana atau apakah rahsia kekuatan baharu
baginda sehingga berjaya menyatukan?
Ya, kekuatan al Quran, kekuatan para sahabat dan bersama kekuatan baharu yang ditambah, iaitu kekuatan politik kerajaan Madinah.
No comments:
Post a Comment