Tuesday 2 May 2023

DEBAT BERTUJUAN MENCARI KEBENARAN

 
Manusia suka berdebat. Macam-macam punca manusia berdebat. Ada yang ingin mempertahankan hak dan pendapat. Ada juga hendak tunjuk hebat dan tidak mahu mengalah. Punca lain ialah untuk mencari kebenaran. Namun, kebanyakan debat menjadi berpanjangan disebabkan ingin mencari pembenaran. Ingin mencari kedudukan dan kemegahan diri.
 
Apabila kita mencari kebenaran, kita membuka minda kita kepada data, fakta dan hujahan bagi membolehkan kita memilih pandangan mana yang kuat asasnya.
 
Mencari pembenaran pula membawa maksud bahawa kita sudah menetapkan apa yang mahu kita percaya menyebabkan kita mencari data, fakta dan hujah yang pada pandangan kita menyokong apa yang mahu kita benarkan dan percaya itu.
 
Mencari kebenaran ini penting kerana kita hanya ada satu kehidupan sahaja di dunia ini. Jika kita memegang pegangan yang silap, kita tidak boleh memperbaiki keadaan apabila kita memasuki alam kubur dan seterusnya.
 
Pada era yang mana semua orang boleh bercakap dan berhujah, kita kena serius di dalam perkara-perkara yang ada kesan di dalam kehidupan yang seterusnya yang kekal pulak tu.
 
Diterima dan diakui sebagai orang hebat amat tidak bermakna jika ia menyebabkan kita susah berpanjangan di akhirat.
 
Jadi tidak ada masalah kita menyonsong arus jika itulah yang lebih selamat di akhirat kelak. Ini terpakai di dalam pelbagai aspek kehidupan yang kita lalui sebagai hamba Allah ini.
 
Semoga Allah SWT mengurniakan kita taufiq dan hidayah-Nya, serta membuka kepada kita jalan yang menyelamatkan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment