Saturday 1 July 2023

SELALU BAWA PEN TANDA INDIVIDU BERKARISMA

 
Pen adalah alat digunakan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu. Sesiapa yang dilihat sering membawa pen sama ada diselit di poket baju atau di mana-mana tempat yang sesuai di bahagian baju, seluar dan sebagainya adalah tanda atau ciri-ciri individu yang berkarisma.
 
Makna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai.
 
Individu berkarisma mempunyai daya kepimpinan dan daya penarik yang menjadikan dia dikagumi atau dihormati.
 
Individu sentiasa membawa pen bermakna dia bersedia untuk mencatat atau menulis sesuatu untuk menyatakan sesuatu atau mengingatkan sesuatu.

No comments:

Post a Comment