Stesen Kereta Api Kuala Krau, Temerloh, Pahang
merupakan sebahagian daripada laluan landasan kereta api pantai timur. Stesen
ini menjadi hentian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) antara bandar. Kedudukannya
adalah antara Stesen Kereta Api Jerantut (utara) dan Stesen Kereta Api Mentakab
(selatan)
Stesen Kereta Api Kuala Krau yang ada sekarang dibina pada zaman penjajah lagi. Ketika itu ia dianggap satu stesen utama di daerah Termerloh, selain Stesen Kereta Api temerloh sendiri. Bangunan di stesen ini masih mengekalkan reka bentuk asalnya sejak beroperasi.
Stesen ini menyediakan kemudahan asas seperti kaunter tiket dan menjadi nadi pengangkutan utama bagi penduduk setempat serta pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api untuk perjalanan harian.
Kedudukan stesen ini bersebelahan dengan pekan Kuala Krau menjadikan ia mudah dikunjungi dan menjadi nadi kemajuan pekan yang terletak di tebing Sungai Pahang itu.
Stesen Kereta Api Kuala Krau terletak di Jalan Kampung Paya Luas, menjadi stesen hentian menunggu kereta api selisih. Selain itu, terdapat juga landasan sisi yang digunakan untuk memunggah minyak kelapa sawit pada masa dahulu kerana kedudukan dekat dengan Gugusan Felda Jangka.

Sumber gambar - pelbagai di internet
No comments:
Post a Comment