Perkembangan perkhidmatan kereta api di Tanah Melayu
berjalan seiring dengan negara luar, khususnya di Britain yang ketika itu
menjajah Tanah Melayu.
Pada 1 Jun 1885, tercipta sejarah pembukaan landasan kereta
api Taiping ke Port Weld (sekarang Kuala Sepetang), manandakan bermulanya
perkhidmatan kereta api di Perak, sekaligus Tanah Malayu, yang dikendalikan
oleh Perak Railway. Landasan sejauh 13.28 kilometer itu dirasmi oleh Residen
Parak, Sir Hugh Low.
Bermula sejarah tersebut, beberapa kelas kepala kereta api
(lokomotif) telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Salah satu lokomotif tersebut
dikenali lokomotif Kelas T.
Lokomotif kelas ‘T’ (gambar) dengan nombor pendaftaran
321.01 adalah salah satu daripada lima lokomotif mempunyai enjin bertangki
kecil yang dibina oleh W.G. Bagnall Limited of England pada tahun 1927.
Lokomotif-lokomotif tersebut dilengkapi dengan ‘plates frame’ dan "gerabak kuda". Ia merupakan enjin pertama buatan British
yang mempunyai tempat pembakar yang diperbuat daripada besi (steel fireboxes)
dan yang pertama dibawa masuk untuk kegunaan Keretapi Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1929.
Lokomotif ini telah digunakan untuk perkhidmatan pelabuhan
yang berpengkalan di Singapura dan Port Swettenham (sekarang pelabuhan Kelang)
sehingga tahun 1964. Berat keseluruhannya ialah 31 tan dengan 1 ½ tan minyak
dan 750 gelen air.
No comments:
Post a Comment