Kematian adalah pasti. Orang yang
telah mati, maka terputuslah tugasnya di dunia ini. Dia tidak mampu lagi untuk
menguruskan dirinya.
Semua yang berkaitan dirinya perlu
diuruskan oleh orang lain yang masih hidup. Ini termasuk urusan pengurusan
jenazah hinggalah dikembumikan.
Antara perkara perlu dilakukan
terhadap jenazah ialah memandikan dan menyembahyangkan. Kedua-duanya fardu
kifayah itu sudah memadai dilakukan oleh orang tertentu terhadap jenazah itu.
Bagaimanapun elok kita turut sama
melakukan, terutama turut menyembahyangkan jenazah itu.
Malangnya, tidak ramai yang
terlibat melakukan tuntutan itu. Kalau pergi melawat jenazah dan menantikan
untuk dikembumikan, lebih banyak yang menanti saja.
Untuk mencari orang menyembahyangkan jenazah, tok imam perlu mencari satu
kampung. Bahkan ada yang terpaksa menjemput dari kampung atau kawasan lain.
Puncanya, banyak memberikan alasan tidak biasa menyembahyakan jenazah kerana
tidak belajar.
Sembahyang jenazah memang tidak
sama dengan sembahyang lain. Paling ketara tidak ada perbuatan rukuk, sujud dan
sebagainya seperti sembahyang lain. Pun begitu tidak pula bermakna sembahyang
jenazah lebih sukar. Sebaliknya ia lebih ringkas dan mengambil masa yang
singkat.
Syarat hendak melakukan sembahyang
jenazah sama seperti sembahyang lain seperti ada wudud, menutup aurat serta
syarat lain. Bezanya sembahyang jenazah dipanggil empat takbir dan bukannya
empat rakaat.
Cara solat jenazah seperti berikut
(panduan ringkas).
- Angkat takbir pertama serta niat.
- Baca Al-Fatihah hingga akhir.
- Angkat takbir kedua.
- Baca selawat kepada Nabi Muhammad
SAW.
- Angkat takbir ketiga.
- Baca doa kepada si mati.
++
“Allahummargh firlahu warhamhu” (untuk mayat lelaki)
++
“Allahummargh firlaha warhamha” (untuk mayat perempuan)
++
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana
mereka masih tidak dikira dosa pahala.
- Angkat takbir keempat.
- Beri salam. Maka selesai solat
jenazah.
Mudah dan ringkas sembanyang jenazah sebenarnya. Pun begitu, kena belajar
dengan mereka yang arif mengenainya.
Catatan di sini sekadar untuk mengatakan betapa ringkas dan mudah untuk
menunaikan sembahayang jenazah.
Tidak seperti yang 'ditakuti'
kebanyakan orang yang kononnya hanya tok imam, tok lebai, ustaz, hafiz dan
orang alim saja boleh menyembahyangkan jenazah.
Jadi, tidak ada alasan untuk tidak
melakukannya. Berilah penghormatan terakhir kepada jenazah, tambah-tambah lagi
kepada jenazah ibu, bapa, adik-beradik dan mereka yang menjadi sahabat kita
ketika hidupnya.
Gambar Masjid Ar Rahman, Pulau Gajah sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment