Nama
Pantai Cahaya Bulan terkenal di Kelantan. Pantai Cahaya Bulan adalah antara
pusat peranginan terawal di Kelantan yang telah mula dikenali pada awal tahun
1900 dan pernah dijadikan pusat istirahat pegawai dan tentera Jepun ketika
Jepun menjajah negara kita.
Pada
awalnya Pantai Cahaya Bulan dikenali Pantai Semut Api sempena nama kampung di
mana pantai itu terletak. Bagaimanapun kemudiannya dikenali Pantai Cinta Berahi
yang mana ringkasnya PCB.
Namun
bagi kebanyakan rakyat Kelantan, ringkasan PCB telah dianggap nama khas dan
sebab itu apabila merujuk PCB, dipanggil Pantai PCB, walaupun perkataan pantai
telah diwakili huruf ‘P’.
Pada
tahun 1990, Pantai Cinta Berahi telah ditukar nama Pantai Cahaya Bulan. Namun,
pertukaran nama itu masih mengekalkan nama Pantai PCB.
Pantai
PCB disenaraikan antara pantai peranginan tercantik di negara kita. Hembusan
bayu Laut China Selatan dan keadaan pantai yang bersih menjadikan tumpuan ramai
setiap hari dan menjadi sesak dengan pengunjung pada hari cuti.
Kedudukan
Pantai PCB yang hanya kira-kira 9 kilometer dari Kota Bharu menjadi faktor
mudah dikunjungi. Penduduk Kota Bharu menjadikan Pantai PCB tempat ambil angin
pada sebelah petang bersama keluarga maupun kawan-kawan.
Selain
itu, sepanjang Jalan PCB merupakan tempat menjadi kunjungan pelancong seperti
kedai songket di Penambang dan kedai membuat wau hiasan di Kedai Buluh. Malah,
beberapa ratus meter dari tepi pantai terdapat berpuluh buah kedai batik yang
menjadi tumpuan pelancong.
Jadi,
selepas berkunjung ke tempat-tempat tersebut, langsung pelancong terus ke
Pantai PCB. Pengunjung yang datang ke Kelantan tidak sah jika tidak menjenguk
biarpun sekejap di Pantai PCB. Nama Pantai PCB memang sinonim dengan
Kelantan.
Namun
sejak tahun 80an, nasib Pantai PCB semakin malang akibat proses hakisan pantai
yang teruk, terutama pada musim tengkujuh Monsun Timur Laut. Ketika itu ombak
besar memukul pantai.
Setiap
kali musim tengkujuh, kawasan pantai terhakis sedikit demi sedikit. Hakisan itu
menyebabkan kemusnahan bangunan, gerai dan pokok yang berada di tepi pantai.
Kira-kira 100 meter kawasan pantai telah dihakis dan menjadi sebahagian
daripada laut.
Sebuah
montel terkenal di Pantai PCB yang banyak menyimpan sejarah kini terpaksa
menutup operasinya dan bangunannya telah dirobohkan.
Kawasan
menempatkan berpuluh-puluh gerai makan yang menjual pelbagai jenis colek
makanan laut kini telah tiada. Semuanya telah ditelan ombak.
Bermula
penghujung tahun 2004, Jabatan Pegairan dan Saliran (JPS) telah membina sistem
lapis lindung menggunakan batu besar di Pantai PCB yang mampu mengatasi masalah
hakisan.
Namun,
pembinaan itu secara langsung mengubah sepenuhnya wajah Pantai PCB. Pantai yang
satu ketika dahulu terkenal dengan pantai yang landai, serta hamparan pasir
yang putih, kini bertukar menjadi pantai batu.
Biarpun
Pantai PCB telah bertukar wajar, kehadiran pelancong masih ramai biarpun tidak
sehebat dahulu. Peluang untuk Pantai PCB kembali gah di persada lokasi
pelancongan utama negara masih ada.
Kepada pengunjung, jangan ragu-ragu untuk kembali melawat Pantai PCB. Pantai
PCB masih ada berahinya dan bulannya masih terang.
No comments:
Post a Comment