Saturday, 2 October 2021

KAMPUNG TANJUNG KUALA SABAK, PULAU GAJAH

Kampung Tanjung Kuala Sabak merupakan antara kampung nelayan tradisi terkenal di Kelantan. Ia terletak di muara Sungai Pengkalan Datu yang memisahkannya dengan Kampung Pantai Senok.  

Terletak lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kota Bharu dan hanya beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.  

Kebanyakan nelayan yang tinggal di sini asalnya dari beberapa buah kampung berhampiran yang telah lenyap dihakis ombak sejak lebih 30 tahun lalu. Terdapat kira-kira 300 orang nelayan tinggal di Kampung Tanjung Kuala Sabak.

Nelayan di sini keluar menangkap ikan dengan menggunakan perahu kolek berenjin galah, yang dihias cantik dengan pelbagai corak dan ukiran yang menarik dan berwarna-warni. 

Tradisi mengukir dan mengecat badan bot dengan hiasan ukiran dan dicat warna warni telah lama diamalkan nelayan di sini yang menjadi identiti mereka.

Kampung Tanjung Kuala Sabak berpotensi menjadi kawasan pelancongan jika diurus selia dengan baik terutama kemudahan homestay dan promosi mengenainya. 

Kawasan pantai yang landai dan pemandangan indah menjadi aset penting untuk menarik kedatangan pengunjung ke kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment