Tuesday 20 April 2021

SEBAB IMAM MALIK MENANGIS KETIKA HENDAK BERBUKA

Imam Malik pernah menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya kenapa menangis, Imam Malik menjawab: "Aku sedih melihat makanan yang banyak ini, kerana teringat Rasulullah SAW.

Baginda SAW berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi ibadahnya banyak. Sedangkan aku, berbuka dengan makanan yang banyak tetapi ibadahku sedikit."

Ibadat berpuasa sepatutnya mengajar kita erti bersederhana, bukannya makan berbuka dengan pelbagai jenis hidangan.

Berbuka dengan hidangan yang banyak dan berbagai jenis bukti hawa nafsu belum terdidik dengan ibadat puasa yang dilakukan sepanjang hari. Lebih malang lagi, hidangan itu tidak dihabiskan kerana sudah terlalu kenyang.

Sesungguhnya, sikap membazir adalah amalan syaitan.

No comments:

Post a Comment