Sunday 11 April 2021

DAUN SERAI KAYU TURUNKAN DARAH TINGGI

Pucuk serai kayu banyak digunakan sebagai ulam. Di Kelantan, pucuk serai kayu dinamakan pucuk samak. Ia banyak digunakan sebagai ulam ketika makan laksam dan laksa yang dicampurkan juga dengan jenis daun dan sayur lain.

Pokok serai kayu (Syzygium polyanthum) merupakan sejenis pokok tropika daripada keluarga Myrtaceae. Ketinggiannya boleh mencecah melebihi 30 meter dengan batang yang bewarna kelabu dan bersisik.

Bagaimanapun, pokok yang ditanam untuk mendapatkan pucuknya akan dipangkas atau dipotong agar dalam keadaan rendah untuk memudahkan proses memetik pucuk. Biasanya ia dibiarkan tinggi sekitar dua hingga tiga meter sahaja.

Daunnya bewarna hijau kekuningan. Bunga serai kayu adalah sesil dan berwarna putih. Memiliki buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak.

Pucuk serai kayu rasanya kelat tetapi kemudian ia mengeluarkan rasa lemak dan sedikit manis. Serai kayu amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis serta darah tinggi. Air rebusannya yang kelat didakwa dan dipercayai dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Amalan pengambilan ulam daun serai kayu didakwa amat baik seperti apa yang didapati oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan. 

Kumpulan ini telah  mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi. 

No comments:

Post a Comment