Monday 19 July 2021

EJAAN PERIBAHASA 'BAGAI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA'

Ada peribahasa berbunyai; bagai melepaskan batuk di tangga yang bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.

Timbul persoalan, apakah sebenar ejaan untuk ‘batuk” Adakah ‘batuk’ atau ‘batok’?

Dalam Kamus Dewan, definisi ‘batuk’ ialah yang diberi penambahan berbatuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya.

Manakala definisi ‘batok’ pula ialah tempurung seperti tempurung kelapa dan tempurung kepala. 

Pada masa dahulu, tempurung kelapa atau batok digunakan sebagai alat untuk menceduk air.

Biasanya atau di kebanyakan rumah pada masa dahulu ada tempayang diletakkan di tepi tangga yang diisi dengan air.

Batok akan diletakkan di atas penutup tempayang atau disangkut pada tiang selepas digunakan untuk membasuh kaki.

Jadi, sesuatu yang tidak kena jika diletakkan atau dilepaskan batok di tangga selepas ia digunakan.

Maka lahirlah pepatah, bagai melepaskan batok di tangga.

Ini bermakna, ejaan sebenar ialah ‘batok’, bukannya ‘batuk’. Bagaimanapun, kebanyakan ejaan yang digunakan adalah ‘batuk’.

Bahkan, dalam pengkalan data peribahasa Melayu yang digunakankan ialah bagai melepaskan batuk di tangga.

No comments:

Post a Comment