Tenggiling
adalah haiwan yang tergolong dalam golongan haiwan bertulang belakang jenis
mamalian. Tenggiling adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga
anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung tenggiling
terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium,
sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Apabila
ia merasakan bahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya sebagai suatu pertahanan
dengan menggunakan sisiknya yang keras.
Sejak
tahun 2012, pada setiap hari Sabtu ketiga bulan Februari National Geography
telah mengisytiharkan sebagai sambutan Hari Tenggiling Sedunia.
Tentu
sekali National Geography ada alasan tersendiri mengapa memilih satu hari untuk
diperingatkan sebagai Hari Tenggiling Sedunia.
Seperti
hari-hari sempena habitat atau haiwan liar lain, sambutan Hari Tenggiling
Sedunia ini adalah bertujuan untuk kempen kesedaran awam bagi pemuliharaan
haiwan liar berkenaan.
Dalam
usaha kempen kesedaran ini kombinasi seni, literasi, sains dan sosial
didedahkan kepada masyarakat umum agar maklumat pemuliharaan tenggiling ini
sampai kepada masyarakat seluruh dunia.
Tenggiling
seperti hidupan lain semakin terancam. Habitat mereka dirosakkan oleh proses
pembangunan dan kerakusan manusia mengeksplotasi sumber alam.
Paling
ketara sekarang ini tenggiling menjadi buruan peniaga tenggiling yang merentasi
sempadan antara bangsa. Permintaan terhadap tenggiling sebagai makanan eskotik
amat tinggi.
Permintaan tinggi untuk makanan dan perubatan tradisional ini menyebabkan
populasi tenggiling ini berkurang dengan cepat di Asia dan spesies lain umumnya
di Afrika.
Walaupun
kajian saintifik tidak menunjukkan ada nilai perubatan namun permintaan sisik
tenggiling masih tinggi.
Tenggiling
ini adalah antara haiwan yang banyak ditangkap dan diseludup dengan aktifnya
kerana manusia suka memakan daging dan menggunakan sisiknya.
Selain
untuk rawatan seperti yang dinyatakan, tenggiling juga dikaitkan dengan
penyakit sendi dan asma atau lelah.
Permintaan
tinggi terhadap daging haiwan eksotik terutama oleh pembeli di China, Vietnam
dan Laos menyebabkan tenggiling semakin kerap diseludup ke negara berkenaan.
Mereka
yang melakukan kesalahan boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut seksyen-seksyen
berkaitan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Sisik
tenggiling mendapat permintaan tinggi kerana banyak digunakan dalam perubatan
tradisional Cina dan harga sisik haiwan itu boleh mencecah sehingga RM12,800
untuk satu kilogram.
Sisik
tenggiling dikategorikan sebagai larangan import mengikut Jadual Ketiga, Akta
Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali
dengan kelulusan permit.
Mengimport
sisik tenggiling adalah dilarang mengikut Butiran 1, Bahagian III Jadual Ketiga
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 kecuali dengan adanya kelulusan
permit import dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan).
Pengimport
dan ejen Kastam yang terbabit dalam cubaan seludup sisik tenggiling ini sedang
disiasat dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam
1967.
Bermula
2020, China mengeluarkan sisik tenggiling daripada daftar ramuan yang
diluluskan untuk digunakan dalam perubatan tradisional Cina.
Ia
dianggap sebagai satu langkah terdesak bagi melindungi haiwan itu yang
merupakan antara haiwan paling kerap diseludup.
Tahun
2019 sahaja, pihak berkuasa China merampas lebih daripada 130 tan produk yang
menggunakan tenggiling sebagai ramuan. Angka itu dianggarkan mewakili kira-kira
400,000 haiwan itu, menurut laporan WildAid.
Walaupun
sisik tenggiling mengandungi keratin, bahan yang sama pada kuku manusia dan
tanduk badak, namun pakar perubatan tradisional Cina percaya keratin pada sisik
tenggiling lebih mujarab untuk memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan
keradangan.
Tindakan
China ini akan memberi impak yang besar. Ini adalah langkah yang sangat penting
dan perlu diambil jika kita mahu memulihara haiwan ini.
Sebilangan
besar permintaan untuk tenggiling adalah bagi kegunaan perubatan tradisional Cina.
Itulah yang mendorong perdagangan haram skala besar.
Menurut
Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, populasi tenggiling di China
telah menurun lebih dari 90 peratus sejak tahun 1960.
No comments:
Post a Comment