Friday 17 September 2021

CIRI POKOK SALAK HUTAN

 
Di dalam hutan terdapat banyak pokok buah yang tumbuh secara meliar. Salah satunya ialah pokok salak hutan atau di sesetengah tempat memanggilnya pokok puka.

Pokok salak hutan sama dengan pokok salak yang ditanam. Namun, terdapat beberapa ciri berbeza antara salak hutan dan salak yang ditanam untuk mendapatkan buahnya.

Pokok salak hutan tumbuh di dalam hutan, termasuk di atas bukit. Namun, ia semakin sukar ditemui disebabkan penerokaan hutan untuk dijadikan ladang dan penempatan.

Ciri utama perbezaan di antara salak hutan dan salak ditanam ialah dari segi buahnya.

Buah salak hutan berukuran lebih kecil berbanding salak ditanam. Isinya lebih nipis dan rasanya masam. Sebab itu, buah salak hutan tidak dipungut untuk dijadikan makanan, kecuali mereka yang betul-betul meminatinya.

Dari segi fizikal pokok tidak banyak berbeza. Bahagian batang pelepah terdapat banyak duri. Sebab itu, batang pelepah salak hutan pernah digunakan sebagai ‘senjata’ dan perangkap mengelak serangan musuh.

No comments:

Post a Comment