Sunday 26 September 2021

KERABU BUNGA NIPAH HIDANGAN ISTIMEWA

Kerabu bunga nipah. Pokok nipah boleh dianggap pokok serba guna seperti pokok kelapa. Semua bahagian pokok nipah boleh dimanfaatkan. Pokok nipah hidup di tanah lembab atau berpaya. Pokok nipah dikategori jenis pokok palma.

Pucuk nipah muda dibuat rokok rokok daun. Daun apabila tua pula dijadikan atap nipah.

Buah nipah tua boleh dikopek untuk mendapatkan isinya. Tandan nipah boleh mengeluarkan nira atau tuak nipah.

Bahagian batang pokok nipah yang mudah boleh dapatkan umbut nipah untuk dibuat sayur atau kerabu.

Pokok nipah matang mengeluarkan tandan yang di bahagian hujungnya terbentuk bunga. Bunga membesar dan menghasilkan buah secara setompok rapat-rapat yang kelihatan seperti bulat.

Bunga nipah mudah boleh buat kerabu. Bunga nipah yang ingin dibuat kerabu atau sayur, hendaklah diambil sebelum ia kembang dan menghasilkan buah. Rasanya sedikit kelat, tetapi sedap.

Bagaimana resipi kerabu bunga nipah adalah sama dengan membuat kerabu mengguna bahan lain. Setiap orang boleh membuatnya mengikut cita rasa masing-masing.

Rasa bunga nipah berbeza dengan yang lain.

Mereka yang tinggal di kawasan persisir pantai di kelantan, selalunya menjadikan kerabu bunga nipah sebagai menu hidangan istimewa semasa jamuan majlis perkahwinan.

Selain bunga nipah, kerabu juga dibuat menggunakan umbut nipah.

Kerabu bunga nipah mahupun kerabu umbut nipah memang dianggap menu istimewa bagi masyarakat di persisir pantai di Kelantan.


No comments:

Post a Comment