Kumpulan
atau individu mengamalkan atau menyokong amalan lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah. Ini
termasuk mereka yang memberi laluan atau mengeluarkan bantuan kewangan kepada
kumpulan yang menyokong kebebasan seksual itu.
Dalam
hal ini kita boleh merujuk kepada firman Allah menerusi surah Hud ayat 113 yang
bermaksud: ‘Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim,
maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu
tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab
kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.’
Kefahaman
yang menghalalkan hubungan sejenis juga telah membuang hukum berhubung
perkahwinan yang antaranya rukun nikahnya ialah perkahwinan antara lelaki dan
perempuan.
Justeru
itu, mereka yang menolak hukum dan ketetapan Allah serta Rasulullah itu
bermakna telah menolak al-Quran dan sunah sekali gus tergolong dalam kumpulan
yang sesat dengan kesesatan yang nyata.
Kenyataan
sesetengah pihak mengenai undang-undang homoseksual negara itu bermotifkan
politik iaitu mengharapkan sokongan daripada kumpulan yang berfikiran sekular
serta liberal.
Pihak
berkenaan cuba menonjolkan kepada masyarakat dunia terutamanya Barat bahawa
beliau boleh bersifat terbuka dalam perjuangan hak asasi manusia termasuk dalam
soal hubungan sejenis meskipun perkara itu jelas ditolak oleh semua agama.
Di
negara ini kenyataan seperti itu mungkin boleh memberikan kelebihan politik
daripada sekumpulan kecil kelompok masyarakat, tetapi bagi mereka yang waras ia
adalah satu kenyataan yang melampau.
Sesungguhnya
undang-undang mengenai homoseksual di negara kita tidak sepatutnya dipertikai
kerana perbuatan itu ditegah oleh semua agama.
Umat
Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak menunjukkan sokongan kepada gerakan
yang cuba menghalalkan hubungan sejenis termasuk memilih pemimpin yang
cenderung menyokong aktiviti seperti itu.
Di
manakah suara pemimpin yang sebelum ini mendakwa merekalah pejuang Islam tulen?
Adakah
mereka hanya mengambil sikap memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap
perlakuan maksiat terbabit semata-mata kerana tidak mahu percanggahan pendapat
sesama sendiri dalam usaha untuk mencapai matlamat masing-masing.
Pemimpin
Islam perlu bertindak secara jujur dan bukannya menganut fahaman ahli falsafah
Itali, Niccolo Machiavelli yang menganjurkan prinsip matlamat menghalalkan
cara.
Perbuatan
homoseksual tetap haram dalam Islam dan individu yang melakukan perlakuan keji
itu telah berdosa.
Ketetapan
ini disebut oleh Allah di dalam al-Quran terutama dalam kisah Nabi Luth bersama
kaum baginda yang ingkar.
'Oleh
itu undang-undang negara (Kanun Keseksaan) yang mengharamkan perbuatan liwat
wajib dipertahankan walaupun ada pihak menuduhnya lapuk dan tidak relevan.
Walau apa yang berlaku kita wajib mempertahankan peruntukan ini.
Seluruh
umat Islam di Malaysia perlu menunjukkan kesungguhan tidak berbelah-bahagi
untuk menegakkan syiar Islam menegaskan perbuatan menghalalkan LGBT hanya akan
menyebabkan negara huru-hara.
Kita
bimbang jika pandangan terlalu liberal yang dibawa sesetengah pihak tidak
dibendung, maka akan lahir golongan pelampau yang akan mengambil tindakan
sendiri apabila merasakan undang-undang tidak lagi mampu mengekang kegiatan
LGBT.
Ingatlah
falsafah China mengenai keseimbangan alam antara yin (putih)
dan yang (hitam). Jika kita terlalu liberal maka akan lahir golongan
ekstremis untuk menyeimbaginya. Kalau ini terjadi, Malaysia pasti huru-hara.
Gambar laluan kembara berjalan kaki menuju puncak Bukit Gua Kambing. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment