Sultan Umar bin Raja Sakti (Raja Sakti I) adalah pemerintah sebuah kerajaan berpusat di Jembal yang kini dikenali Kota Jembal atau dahulunya dinamakan Kampung Kedai Lalat. Jembal adalah pusat pemerintahan awal kesultanan Kelantan.
Raja
Umar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong.
Sultan Umar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung,
Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti (Raja Sakti II) dan
Raja Pah.
Sultan
Umar bin Raja Sakti adalah seorang daripada 4 orang putera Raja Sakti yang
memerintah Jembal, Kelantan pada abad ke-17.
Baginda
dilantik sebagai raja Jembal selepas kemangkatan kekandanya Raja Bahar pada
1675. Pada tahun itulah baginda mulaï dikenal sebagai Sultan Umar. Sebelum itu,
baginda dilantik menjadi Temenggung oleh ayahanda baginda, Raja Sakti (Raja
Sakti I).
Kerajaan
Jembal kembali masyhur di bawah pemerintahan baginda. Baginda memerintah
seluruh Negeri Kelantan. Baginda mengadakan lawatan ke seluruh kawasan dan
jajahan takluk Kelantan.
Baginda
juga telah mengadakan perhubungan dengan kerajaan-kerajaan luar seperti kerajaan
Pattani, China, Jawa dan negeri-negeri jiran seperti Terengganu.
Tempoh
pemerintahan baginda ialah dari tahun 1675 sehingga 1721.
Baginda mangkat pada 1721 dan digantikan oleh menantu baginda Tuan Besar Long Bahar dari Pattani atas kehendak putera sulung baginda, Raja Kecil Sulung. Baginda dimakamkan di Kedai Lalat, Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment