Kesemua pengaliran tenaga di dalam
badan berjalan dengan sendiri secara semula jadi di bawah pentadbiran Allah
SWT. Tiada mesin atau alat khusus untuk menjana dan mengalirkan tenaga hayat.
Tenaga hayat mengalir mengikut saluran dengan tertib alami berterusan dan
bersambungan.
Sistem saling berhubungan dan
bersambungan ini memungkinkan prinsip refleksi berlaku. Di mana apabila satu
bahagian itu dirangsang ia akan turut merangsang bahagian lain yang
bersambungan dengannya.
Tubuh manusia mempunyai 365
titik ‘reflex’ & ‘distal’. Titik-titik ini jika dirangsang
boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya
terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu
dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga.
Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari.
Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua
penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan
komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan
konvensional.
Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi
keseluruhan gaya hidup (pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan
rohani seseorang.
Intipati ilmu stimulatherapy terletak pada prinsip pengaliran tenaga
‘chi’ melalui saluran-saluran tenaga dalam sistem meridian tubuh.
Setiap masa tubuh manusia menerima
tenaga daripada alam semesta dalam pelbagai bentuk. Contoh mudah adalah seperti
berikut:
- Tenaga kimia (makanan)
melalui mulut.
- Oksigen/bau melalui hidung
- Tenaga bunyi melalui telinga
- Tenaga cahaya/warna melalui mata
dan sebagainya.
Tenaga yang memasuki tubuh akan
dibekalkan kepada organ-organ penting seperi jantung, paru-paru, ginjal, hati,
limpa dan sebagainya melalui saluran-saluran tenaga tertentu.
Ibarat sebiji lampu perlukan tenaga
elektrik untuk menyala, begitulah juga organ-organ penting tubuh perlukan
tenaga hayat untuk terus berfungsi.
Aliran tenaga dalam tubuh yang
sihat adalah seimbang. Aktiviti kehidupan seharian, pemakanan, peningkatan
umur, keadaan sekeliling, emosi yang berubah-ubah, bebanan kerja yang meningkat
dan sebagainya menyebabkan berlaku gangguan pada kadar aliran tenaga kepada
organ-organ penting.
Ibarat sebatang longkang air lama-kelamaan pun akan tersumbat jua jika tidak
diselenggara dengan baik.
Terdapat faktor yang menjejaskan pengaliran tenaga hayat;
- Penyempitan saluran oleh cuaca
atau kecederaan atau tekanan emosi.
- Halangan pada saluran oleh cuaca
atau kecederaan, infeksi atau tekanan emosi.
- Demam atau penyakit seperti darah
tinggi, kencing manis, gout, buah pinggang dan lain-lain.
- Peningkatan usia
No comments:
Post a Comment