Monday 5 June 2023

CARA MAT JENIN BERFIKIR SASARKAN TINDAKAN LUAR BIASA

 
Permulaan kepada kejayaan ialah berfikir atau merancang. Fikirkan apa yang hendak dilakukan. Rancangkan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai apa yang ingini.
 
Tertarik dengan satu catatan seorang anak muda berwawasan besar lewat dalam akaun FBnya iaitu Syukor Majid. Baca dan faham apa yang beliau tulis tentang impiannya.
 
Salah satu impian abang nak jadi kartel lembu hidup. Dalam Syukor Burger ni, abang banyak bergelumang dengan daging lembu dalam kuantiti yang agak tinggi. Jadi abang nampak potensi untuk dikembangkan.
 
Bayangkan kita setup satu ladang besar nama Syukor Lembu. Eh macam tak kena pulak nama Syukor Lembu ni, dah macam kita pulak lembu.
 
Takpelah nama kemudian fikir, okay sambung, bayangkan kita setup satu ladang lembu yang rupa dia macam dekat Kundasang, atau New Zealand atau yang selalu dalam iklan-iklan susu lembu tu lah, maybe boleh simpan 2,000-5,000 ekor lembu sebulan. Kita lengkapkan dengan rumah sembelihan sekali.
 
Dekat situ, orang-orang meniaga, orang-orang perseorangan, yang nak beli lembu secara pukal ataupun seekor-seekor atau bahagian-bahagian tertentu, boleh datang beli kat sini.

Pun boleh jadi salah satu tempat tarikan ala-ala petting zoo, orang datang tengok lembu macam-macam baka, maybe boleh letak kambing, unta, gajah, singa, harimau sikit-sikit buat hiasan.
 
Boleh setup restoran Syukor Meat ala-ala Menate, depa boleh makan daging fresh kat situ. Kalau ada rezeki lagi, kembangkan pulak restoran tu ke seluruh negara. Syukor Burger, Syukor Coffee, Syukor Meat lagi. Kalau sembang gaya ini, kalah Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sembang syok sendiri memang seronok eh.
 
Hangpa doakan impian abang tercapai ya. Followers abang ni semua soleh-soleh, solehah-solehah, alim-alim, alimah-alimah. InshaaAllah makbul doa orang-orang baik macam hangpa ni. Ingat tau, doakan abang jadi usahawan lembu hidup paling bergaya paling kacak dan paling menawan sekali dekat Malaysia ni.

No comments:

Post a Comment