Thursday 25 May 2023

SIAPA DIKIRA BERADA DI DALAM GOLONGAN T20?

 
Di negara kita, kerajaan menetapkan kelompok berdasarkan pendapatan isi rumah kepada tiga iaitu B40, M40 dan T40.
 
Secara umum, isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan ke bawah dikategorikan sebagai B40. Pendapatan M40 pula adalah antara RM4,851 hingga RM10,959 manakala T20 yang digelar golongan kaya berpendapatan melebihi RM10,960.
 
Dalam kategori T20 terdapat dua pecahan iaitu T1 dengan pendapatan RM10,960 hingga RM15,040 dan T2 (RM15,041 ke atas). T1 menguasai 16 peratus keseluruhan pendapatan isi rumah negara manakala T2, 30.7 peratus, menurut Laporan Survei Pendapatan 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia.
 
Kumpulan B40 merangkumi 2.91 juta isi rumah, M40 juga 2.91 juta manakala T20, 1.46 juta isi rumah. Pada 2019, bilangan isi rumah ialah 7.3 juta dengan purata setiap rumah dihuni 3.9 orang.
 
Harus diingat penetapan kategori ini adalah berdasarkan pendapatan isi rumah, bukan pendapatan individu.
 
Sebagai contoh, jika suami isteri bekerja sebagai guru dengan masing-masing memperoleh pendapatan RM6,000 dan RM5,000 sebulan, maka mereka adalah keluarga T20. Mereka perlu membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment