Wednesday 19 July 2023

Latihan Medan Eksesais Jungle Falcon

 
Eksesais Jungle Falcon yang julung kali diadakan di Malaysia melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United Arab Emirates Land Forces (UAELF) memasuki fasa latihan medan dengan berteraskan kepada konsep Peperangan Terbuka (Conventional Warfare) khususnya pelaksanaan Operasi Mekanize dalam persekitaran iklim tropika.

Penglibatan seramai 16 Pegawai dan 115 anggota UAELF yang bersama-sama bergabung dengan 34 Pegawai dan 510 anggota pasukan Batalion ke 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) mewujudkan ketumbukan 2 Kompeni Mekanize Hybrid.

Semangat setia kawan di antara dua angkatan ini jelas terpancar melalui kesungguhan yang dipamerkan sewaktu melaksanakan latihan Kompeni dalam Fasa Mara yang memerlukan kerjasama dan koordinasi yang mantap di kalangan pelaku kedua-dua buah negara.

Sesungguhnya, pengalaman UAELF menjalani latihan sedemikian di dalam persekitaran iklim tropika merupakan suatu pengalaman berharga dan mereka amat teruja. Latihan di medan diadakan pada 16 Julai 2023 di Felda Sg Panching Selatan, Kuantan, Pahang.

Sumber: Media sosial

No comments:

Post a Comment