Tuesday 25 July 2023

KACUKAN BUAH CEMPEDAK NANGKA HASILKAN BUAH BESAR

 
Buah cempedak nangka. Tentu banyak orang menyangka ia adalah buah cempedak dan buah nangka. Buah cempedak nangka sebenar nama bagi buah yang terhasil apabila cempedak dikacuk dengan nangka. Dahulu ada yang dinamakan selambu iaitu kacukan seladang dan lembu.
 
Untuk tidak mengelirukan, buah cempadak nangka ini boleh dinamakan cemnangka. Kalau jadikan cempa + ka, nanti jadi cempaka, ada yang keliru dengan bunga cempaka pula.
 
Apapun nama yang bakal lebih dikenali nanti, buah cempedak nangka memang menarik. buahnya besar lebih kurang macam buah nangka. Tetapi apabila dibelah, isinya macam cempedak. Isinya besar dan berwarna kuning.
 
Mudah dikopek macam buah cempedak. isi akan terlekat pada mempulur macam buah cempedak. Rasanya manis dan isi sedikit berair seperti cempedak.
 
Mudah cakap, ciri-cirinya lebih kepada buah cempedak, tetapi besarnya macam buah nangka.
 
Kredit pemilik asal gambar

No comments:

Post a Comment