Saturday 28 October 2023

TELAGA TIUB KAMPUNG TOK JAAFAR, WAKAF CHE YEH

 
Kerja-kerja pembinaan 15 buah telaga tiub dengan kedalaman 100 meter yang berkapasiti 30 juta liter per hari (JLH) sedang giat dijalankan di Medan Telaga Kampung Tok Jaafar, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Projek tersebut menelan kos sebanyak RM80 juta di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Projek tersebut terbahagi kepada dua pakej iaitu Pakej 1 untuk penyediaan sumber air dan Pakej 2 bagi pembinaan loji rawatan air (LRA) yang mampu dimanfaatkan oleh 20,000 akaun pengguna di kawasan Kota Bharu Selatan termasuk di Lembah Sireh, Kampung Tok Jaafar, Kampung Pintu Geng, Taman Guru, Kampung Bunut Payong, Bandar Baharu Tunjong, Salor dan kawasan sekitarnya.

Bagi Pakej 1 untuk pembinaan 15 telaga tiub sedang berjalan di tapak tersebut dan dijangka siap pada Julai 2024. Manakala Pakej 2 dalam proses reka bentuk perunding bagi pembinaan LRA dengan menggunakan hasil sumber air Pakej 1.

No comments:

Post a Comment