Kesesakan lalu lintas memang membebankan.
Banyak pemandu tidak sabar untuk memandu tanpa perlu mengikuti di belakang
pemandu lain. Mereka bukan sahaja tidak sabar, bahkan menanggung keletihan
fizikal dan mental.
Dalam keadaan tersebut, banyak pemandu yang melakukan kesalahan dengan memotong kenderaan sebelah kiri jalan. Perbuatan itu kerana ingin memotong susunan kenderaan agar berada di hadapan lebih cepat.
Sikap yang dilakukan segelintir pemandu itu boleh memburukkan lagi kesesakan dan mengundang bahaya serta berisiko berlakunya kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Kesalahan memotong kenderaan sebelah kiri jalan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 5 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan boleh dikompaun sehingga RM300 jika sabit kesalahan.
Orang ramai diminta agar tidak melakukan kesalahan berkenaan itu kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Jangan pentingkan diri sendiri kerana orang lain pun berada dalam keadaan sama.
No comments:
Post a Comment