Wednesday, 24 April 2024

MAKSUD PERKATAAN “SOSIO”

 
Perkataan “sosio” tiada dalam data perkataan bahasa Melayu. Perkataan sosio ialah awalan asing yang berkaitan dengan faktor sosial atau kemasyarakatan.
 
Contohnya pemakaian hiasan di kepala di kalangan orang Asli, termasuk dipakaikan kepada tetamu merupakan sebahagian sosiobudaya orang Asli di Malaysia.
 
Sosio
 ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi, sosioemosi, sosiodemografi, sosiobudaya dan sosiopolitik. 




No comments:

Post a Comment