Sunday, 24 September 2023

CIRI UNIK BUAH DURIAN KURA-KURA

 
Durian kura-kura yang hanya ditemui di utara Sarawak, khususnya Limbang dan Miri mempunyai keunikan tersendiri. Buahnya terletak di bahagian batang dan pengkal pokok.  Kedudukan buah durian kura-kura sama dengan buah cempedak.
 
Asal usul durian itu digelar durian kura-kura oleh penduduk tempatan di Limbang ini ialah kerana kedudukan buahnya yang rendah sehingga kura-kura pun boleh mencapainya.
 
Satu lagi keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa. Durian kura-kura mempunyai rasa yang unik. 

Apabila matang tekstur durian itu seperti buah nangka, sedikit berair dan manis seperti cempedak atau nangka tetapi jika dipetik ketika belum cukup matang rasanya seperti kubis manis.
 
Durian kura-kura perlu dipetik kerana buahnya tidak luruh seperti durian biasa. Cara mengetahui buah cukup matang dan boleh dipetik ialah dengan mengetuk kulitnya. Ia sama dengan cara mengetahui buah nangka atau cempedak yang sudah matang usianya sebelum dipetik.
 
Durian kura-kura berbuah sama musim dengan durian lain.

No comments:

Post a Comment