Tuesday 19 March 2024

LORONG MASJID AL-MUKMININ, KAMPUNG TANJUNG MAS

  
Satu lorong yang terdapat di Kampung Tanjung Mas, Kota Bharu ialah Lorong Masjid al-Mukminin. Dinamakan dengan nama tersebut kerana pada penghujung lorong tersebut terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid al-Mukminin.
 
Lorong Masjid al-Mukminin yang terletak di Seksyen 47 Kota Bharu, panjangnya tidak sampai 100 meter. Bermula di simpang tiga, terus masuk ke lorong berkenaan sehingga ke pagar Tanah Perkuburan Islam Haji Senik.
 
Jalan penghubung di simpang tiga tidak pasti namanya. Bagaimanapun, jalan yang bermula dari Jalan Pengkalan Chepa itu digunakan untuk menghubungkan bebeberapa bahagian kampung yang padat dengan penduduk.
 
Untuk memasuki laluan ini dari Jalan Pengkalan Chepa dari arah Kota Bharu ialah sebelum sampai di Cabang Tiga Tanjung Mas. 
 
Di tepi pagar tanah perkuburan itulah terletak Masjid al-Mukminin. Masjid al-Mukminin berstatus masjid iktikaf. Ia tidak termasuk masjid mukim atau masjid yang digunakan untuk sembahyang Jumaat.
 
Penduduk sekitar Masjid al-Mukminin adalah anak mukim kepada Masjid Padang Bongor yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat itu.
 
  
 


No comments:

Post a Comment